Seminar menjawab peperiksaan adalah antara program yang kami rangka sebagai Strategi Cemerlang SPM. Selain program guru muda, kelas tambahan, program mentor mentee, gerak gempur SPM, kami juga mengadakan siri seminar menjawab pelbagai subjek SPM. Objektif seminar menjawab ini ialah bagi memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang teknik menjawab berkesan. Walaupun, guru-guru kami adalah guru-guru pakar dan pengalaman, penganjuran seminar ini bagi memberi peluang kepada pelajar untuk melalui pengalaman suasana yang berbeza dari guru yang lain.
Galeri










