Sambutan Maulidur Rasul

Sesuai dengan aspirasi pendidikan yang menitikberatkan pengisian ilmu seimbang dari segi naqli dan aqli, kami menjadikan program kerohanian sebagai rutin pelajar sama ada bersifat bulanan, mingguan ataupun harian. Program Maulidur Rasul adalah antara program kebesaran dalam Islam bagi menyemai semangat cinta Rasul dalam kehidupan.

Pengisian program Maulidur Rasul ialah bacaan Selawat, Qasidah dan ceramah. Selain program ini, ada juga program yang dilaksanakan secara mingguan antaranya ialah bacaan Kahfi dan Yasin pada pagi Jumaat dan diikuti oleh ceramah ilmu yang disampaikan oleh para pelajar secara penggiliran yang bertujuan mengasah potensi agar yakin diri di hadapan khalayak dan cakna tanggungjawab menyampaikan ilmu dalam kalangan ahli masyarakat.

Galeri

© Copyright 2025
Miinda Azkiyak
All Rights Reserved.

Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini disediakan oleh miindaazkiyak.com dan kami berusaha untuk memastikan maklumat tersebut dikemas kini dan diperbetulkan sebaik mungkin. Apabila anda melawati atau berinteraksi dengan tapak, perkhidmatan, aplikasi, alatan atau pemesejan kami, kami atau pembekal perkhidmatan kami yang sah boleh menggunakan cookies, suar web dan teknologi lain yang serupa untuk menyimpan maklumat untuk membantu memberikan anda pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan selamat dan untuk tujuan pengiklanan.