Misi & Visi

Pendidikan Berkualiti dan Mesra

Menyediakan pendidikan berkualiti dan mesra dengan menitikberatkan keseiringan antara iman, ilmu dan amal.

Ada Ilmu Yang Sepadu

Melengkapkan pelajar dengan pelbagai disiplin ilmu secara sepadu dan seimbang berteraskan ilmu naqli dan akli dengan pendekatan yang mesra dan mudah selari dengan kurikulum dan kokurikulum KPM dan JAIS.

Cinta al-Quran & al-Sunnah

Melahirkan pelajar yang cinta al-Quran dan al-Sunnah dari segi bacaan, tulisan, hafazan dan kefahaman al-Quran bagi diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari.

Pembangunan Akhlak Selari Ilmu

Membentuk pelajar yang memahami konsep ilmu sebagai hamba dan khalifah Allah SWT serta memahami asas aqidah, ibadah dan akhlak mulia dalam kehidupan.

Potensi Unggul Dan Berdaya Saing

Melahirkan pelajar yang proaktif, kompeten, berketerampilan, berkemahiran, yakin diri, mampu menyelesaikan masalah seharian, berakauntabiliti dalam hubungan dengan masyarakat dan mampu menjadi generasi pemimpin yang baik.

Visi Miinda Azkiyak

Memartabatkan Pusat Pengajian Miinda al-Azkiyak sebuah pusat pendidikan sehenti ; peringkat rendah hingga menengah yang berteraskan kesepaduan ilmu bagi melahirkan generasi yang mampu mengintegrasikan ilmu naqli dan aqli serta membentuk profesional rabbani yang seimbang dari segi spiritual dan fizikal, berfikiran kreatif dan kritis, berakhlak mulia, berdaya saing, berketerampilan dalam variasi disiplin ilmu serta berupaya memimpin masyarakat berteraskan al-Quran dan al-Hadith ke arah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

© Copyright 2025
Miinda Azkiyak
All Rights Reserved.

Maklumat yang terkandung di laman web ini adalah untuk tujuan maklumat am sahaja. Maklumat ini disediakan oleh miindaazkiyak.com dan kami berusaha untuk memastikan maklumat tersebut dikemas kini dan diperbetulkan sebaik mungkin. Apabila anda melawati atau berinteraksi dengan tapak, perkhidmatan, aplikasi, alatan atau pemesejan kami, kami atau pembekal perkhidmatan kami yang sah boleh menggunakan cookies, suar web dan teknologi lain yang serupa untuk menyimpan maklumat untuk membantu memberikan anda pengalaman yang lebih baik, lebih pantas dan selamat dan untuk tujuan pengiklanan.