Latar Belakang


Penubuhan Pusat Pendidikan Miinda al-Azkiyak adalah kesinambungan aspirasi falsafah pendidikan dalam Islam iaitu bagi mengembangkan potensi pelajar yang seimbang dari segi rohani, intelek, emosi, jasmani dan sosial.
Pusat Pendidikan Miinda al-Azkiyak (Miinda al-Azkiyak Educational Centre) – MAEC diwujudkan bagi menyediakan satu laluan pendidikan swasta yang menawarkan bentuk pendidikan bersifat sehenti, dari peringkat rendah hingga menengah yang berorientasikan integrasi ilmu ; duniawi dan ukhrawi , naqli dan akli, jasmani dan spiritual bagi membentuk profesional Muslim yang seimbang dari segi rohani, emosi, intelek, jasmani dan sosial. Malah, dalam masa yang sama, bagi membina generasi pelajar juga mampu menyepadukan antara elemen aqidah, ibadah dan akhlak.
Kami bercita-cita untuk membangun generasi muda seimbang yang cinta al-Quran dari al-Hadith dari segi kebolehbacaan, kebolehafazan dan kebolehfahaman sekurang- kurangnya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Selain penguasaan terhadap ilmu fardhu ain, mereka juga mampu menguasai variasi bidang ilmu fardhu kifayah yang lain sebagai pelengkap dalam menggalas responsibiliti sebagai khalifah profesional Muslim.
Kami juga berhasrat membina generasi muda yang berakhlak mulia, kompeten, berketerampilan dan berdaya saing dalam memainkan pelbagai peranan dalam masyarakat serta berupaya mengharumkan nama agama, bangsa dan negara dalam menghadapi peredaran zaman yang kian mencabar. Justeru, kami juga berhasrat menawarkan bentuk pengurusan institusi pendidikan yang bersikap mesra dan cekap berdasarkan pengalaman dan ikhtisas dalam bidang pendidikan. Selari dengan moto kami, mendidik dari hati, membentuk generasi rabbani, penekanan kami dalam pembinaan jati diri pelajar ialah integrasi antara kepentingan disiplin diri dan toleransi dengan menampilkan konsep uswatun hasanah. Kami berhasrat menjadi pembimbing dan pemudah cara dengan pendekatan pembelajaran yang mudah, menyediakan guru yang berpengalaman dan latar belakang ikhtisas yang tinggi berbantukan bahan bantu mengajar yang berinovasi dan modul pembelajaran yang berkesan serta sentiasa merujuk kepada dasar dan pembelajaran yang ditentukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jais Agama Islam Selangor.
Merupakan sebuah pusat pendidikan ditubuhkan untuk memberi laluan kepada masyarakat dan lepasan tahfiz dan pondok untuk membangun, meningkat dan mengembangkan diri dalam berbagai disiplin dan cabang keilmuan. Ekspolasi terhadap cabang keilmuan ini digabung jalin dengan usaha yang berterusan ke arah pengekalan ayat-ayat suci Al-Quran yang telah dihafaz. Pentarbiyahan yang dilaksanakan akan menitik beratkan aspek pemeliharaan pembangunan jati diri dan akhlak Islamiyyah yang sempurna.

Falsafah
Setiap individu mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan hidup ; dunia dan akhirat melalui konsep pendidikan yang mengintegrasikan ilmu naqli dan akli yang mantap dan seimbang sebagai hamba dan khalifah Allah SWT bagi menggalas tugas memakmurkan agama, diri, masyarakat dan negara.
Moto
Mendidik dari hati Membentuk generasi Rabbani.
