Sesuai dengan aspirasi pendidikan yang menitikberatkan pengisian ilmu seimbang dari segi naqli dan aqli, kami menjadikan program kerohanian sebagai rutin pelajar sama ada bersifat bulanan, mingguan ataupun harian. Program Maulidur Rasul adalah antara program kebesaran dalam Islam bagi menyemai semangat cinta Rasul dalam kehidupan.
Pengisian program Maulidur Rasul ialah bacaan Selawat, Qasidah dan ceramah. Selain program ini, ada juga program yang dilaksanakan secara mingguan antaranya ialah bacaan Kahfi dan Yasin pada pagi Jumaat dan diikuti oleh ceramah ilmu yang disampaikan oleh para pelajar secara penggiliran yang bertujuan mengasah potensi agar yakin diri di hadapan khalayak dan cakna tanggungjawab menyampaikan ilmu dalam kalangan ahli masyarakat.
Galeri



