Aktiviti kecemerlangan pelajar diteruskan lagi dengan penganjuran Hari Penetapan Target SPM yang melibatkan semua pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Program sebegini memberikan motivasi dalaman kepada pelajar agar mereka lebih tampilkan kegigihan dan kesungguhan dalam mencapai halatuju atau target sebenar dalam kehidupan. Aktiviti yang bersifat ikatan kekeluargaan antara Miinda al-Azkiyak, ibu bapa dan pelajar dipenuhi dengan suasana syahdu dan ceria. Program sebegini adalah adalah usaha kami untuk merealisasikan moto kami iaitu mendidik dari hati, membentuk generasi Rabbani.
Galeri







