Mendidik Dari Hati,
Membentuk
Generasi Rabbani
Mengembangkan potensi pelajar yang seimbang dari segi rohani, intelek, emosi, jasmani dan sosial.



Pembangunan akhlak yang selari dengan ilmu.
Melengkapkan pelajar dengan ilmu yang seimbang berteraskan ilmu naqli & akli. Pembelajaran yang inovasi selari dengan kurikulum & kokurikulum KPM & JAIS.

Kesinambungan aspirasi falsafah pendidikan dalam Islam
Pusat Pendidikan Miinda al-Azkiyak (Miinda al-Azkiyak Educational Centre) – MAEC diwujudkan bagi menyediakan satu laluan pendidikan swasta yang menawarkan bentuk pendidikan bersifat sehenti, dari peringkat rendah hingga menengah yang berorientasikan integrasi ilmu ; duniawi dan ukhrawi , naqli dan akli, jasmani dan spiritual bagi membentuk profesional Muslim yang seimbang dari segi rohani, emosi, intelek, jasmani dan sosial. Malah, dalam masa yang sama, bagi membina generasi pelajar juga mampu menyepadukan antara elemen aqidah, ibadah dan akhlak.
Kualiti Pelajar Yang Ingin Dibentuk
Di Miinda Azkiyak kami komited membina generasi muda yang berakhlak mulia, kompeten, berketerampilan dan berdaya saing dalam memainkan pelbagai peranan dalam masyarakat serta berupaya mengharumkan nama agama, bangsa dan negara dalam menghadapi peredaran zaman yang kian mencabar.

Kompeten &
Berdaya Saing
Penguasaan integrasi pelbagai disiplin ilmu

Mahir Ilmu
Tajwid & Al-Quran
Mampu mebaca Al-Quran secara bertajwid

Menghafaz
Surah
Mampu menghafaz surah-surah lazim

Menguasai
Pelbagai Bahasa
Penguasaan Bahasa Melayu, Inggeris & Arab

Keperibadian
Terbilang
Berkeperibadian baik dan berakhlak mulia

Berkeyakinan
& Kreatif
Berkeyakinan tinggi, mempunyai idea yang bernas & mampu menyelesaikan masalah.
Program Yang Ditawarkan
Miinda Azkiyak merupakan sebuah pusat pendidikan ditubuhkan untuk memberi laluan kepada masyarakat dan lepasan tahfiz dan pondok untuk membangun, meningkat dan mengembangkan diri dalam berbagai disiplin dan cabang keilmuan.

Fast Track
SPM
Miinda Azkiyak
Program untuk membantu lepasan pondok atau tahfiz untuk menyambung pengajian ke peringkat universiti dan mendapatkan tempat dalam bidang pekerjaan profesional.

Sekolah Rendah
Islam Integrasi
Miinda Azkiyak
Program pembelajaran berdasarkan kurikulum dan kokurikulum yang disediakan oleh DSKP, KPM & JAIS. Penggunaan 3 bahasa iaitu Melayu, Arab & Inggeris.

Al-Tounisi Learning
Centre
Miinda Azkiyak
Sebuah pusat pengajian yang menyediakan pembacaan al-Quran secara bersanad Riwayat Hafs’ an ‘Asim. Terbuka kepada orang ramai khususnya pelajar tahfiz dan huffaz al-Quran.

Berita Miinda Azkiyak
Teknik Menjawab Bahasa Melayu
Sambutan Maulidur Rasul
Pendaftaran Telah Dibuka
Pendaftaran pelajar untuk kemasukan ke Miinda Azkiyak telah dibuka. Hubungi kami melalui Whatsapp untuk mendapatkan maklumat lanjut.